Mimpi
ngeri dialami apabila pemilik perniagaan melabur dalam nama produk
dan mendapati nama tersebut tidak boleh diguna. Perundingan nama
meliputi seni/sains linguistik untuk menghasil nama produk dan
perniagaan. Penamaan meliputi pencarian nama sesuai untuk cap dagangan,
nama perniagaan dan nama domain untuk memposisi produk secara efektif
dalam pasaran.
Terdapat tiga cara untuk mengguna jenama:
1.
Jenama tunggal untuk mengenalpasti segala produk daripada satu
syarikat. Lazimnya jenama produk berkongsi jenama dengan nama syarikat.
2. Jenama sekumpulan untuk mengenalpasti sekumpulan produk yang berkaitan.
3. Jenama unik untuk mengenalpasti setiap produk.
Cap membolehkan pengguna untuk mangenalpasti produk dalam pasaran. Cap dagangan
melindungi perkataan atau simbol yang diguna sebagai jenama. Apabila
sesuatu cap ditanda dengan TM di sebelahnya bermakna cap tersebut ialah
cap dagangan. Apabila sesuatu cap ditanda dengan ® sebelahnya bermakna cap tersebut ialah cap dagangan berdaftar.
Cap dagangan dan jenama boleh dinilai sebagai harta.
Di BOON kami memberi perkhidmatan bernilai kepada pelanggan untuk
memilih jenama yang sesuai melalui tinjauan dengan cap dagangan
berdaftar dan nama domain.
|