|
|
Latar Belakang
|
Malaysia kaya dengan sumber semulajadi, hasil pertanian dan hasil
pembuatan. Kita pandai mengguna teknologi. Pernahkah kita terfikir
bahawa kita boleh menghasil teknologi sendiri? Idea adalah penting
untuk kita naik rantai nilai.
Bidang harta intelek memerlukan pengetahuan and komitmen untuk memenuhi
kehendak pelanggan. Boon IP bangkit untuk menghadapi cabaran ini setiap
hari. Bagaimana kami memenuhi kehendak pelanggan? Kami memenuhinya
dengan:
- Memahami nilai pada setiap idea;
- Mendefinisi hak pelanggan;
- Melindungi idea tersebut.
Boon IP
Enterprise ialah perunding teknologi dan pakar harta intelek. Firma ini
diketuai oleh Dennis Tan Boon Leng. Dennis ialah ejen paten & cap
dagangan berdaftar yang mengurus permohonan paten dan cap dagangan bagi
beberapa institusi di Malaysia. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam
bidang fizik. Dennis berpengalaman dalam permohonan paten dalam
pelbagai bidang seperti mekanikal, pembinaan, elektrikal, elektronik,
telekomunikasi dan reka cipta yang berkaitan dengan komputer.
|
|
|
 |