|
|
Cap Dagangan
|
Cap diguna oleh pengguna untuk kenal pasti barangan atau perkhidmatan dalam pasaran.
Cap dagangan melindungi perkataan atau logo yang diguna sebagai jenama.
Apabila sesuatu cap ditanda dengan TM di sebelahnya, itu bermakna cap
itu ialah suatu cap dagangan. Apabila sesuatu cap itu ditanda dengan ®
di sebelahnya, itu bermakna cap itu ialah suatu cap dagangan berdaftar.
Cap dagangan boleh diperoleh dan diperbaharui setiap sepuluh tahun.
Cap dagangan atau jenama boleh dinilai sebagai harta.
Di BOON kami memberi perkhidmatan bernilai kepada pelanggan untuk
memilih jenama yang sesuai dengan merujuk peraturan cap dagangan
berdaftar dan nama domain berdaftar. Jenis perkataan yang perlu
dipertimbang apabila menilai sesuatu jenama:
1. Perkataan umum; nama yang dikait terus dengan barangan. Contohnya Corn flakes untuk corn flakes.
2. Perkataan komposit; nama yang dikait dengan produk melalui
penggunaan yang berterusan. Contohnya Coca-cola untuk minuman cola.
3. Perkataan baru; nama yang dicipta. Contohnya Kodak untuk kamera.
4. Perkataan tiada kaitan; nama yang tidak ada kaitan dengan barangan. Contohnya Apple untuk komputer.
5. Perkataan cadangan; nama yang mencadang suatu ciri-ciri barangan.
Contohnya Elephant untuk glue. (Elephant ialah binatang yang kuat)
6. Perkataan terangan; nama yang menerangkan barangan. Contohnya Delicious untuk makanan.
|
|
|
 |